Assalamualaikum w.b.t
Hidup yang sesingkat ini.. perlulah di manfaatkan dengan cara yang betul.. bukan setakat hanya hidup hembus dan tarik nafas sehingga tugas Malaikat Izrail selesai. Tak semudah itu dalam kehidupan.. setiap kehidupan pasti akan ada cabaran yang menanti.. setiap apa yang dilalui tidak semuanya berjaya diharungi.. pasti juga ada jalan buntu dan kegagalannya.. Atas sebab apa.. Kerna Allah ingin kita berusaha dengan lebih lagi dan lagi.. Kerna Allah juga ingin mendengar suara kita untuk meminta kepadaNya. Astaghfirullahalazim~~ betapanya Allah ingin kita untuk mendekatinya selalu..
Dua Jalan
Perjalanan hidup tak semudah yang kita sangka.. Tetapi, tak sesukar yang kita fikirkan.. Setiap liku dalam kehidupan, sebagai cubaan dan ujian buat kita.. Tak semestinya seorang yang tersenyum lebar gembira tidak mempunyai masalah.. kadang-kadang hanya menyembunyikan supaya orang lain tidak risau akan dirinya.. Bukan jua tidak mahu berkongsi masalah.. tetapi setiap manusia mempunyai perlakuan tersendiri dan tahap kebolehan menyelesaikan masalah tersendiri.
Dalam kehidupan ada dua jalan yang "utama" yang perlu kita pilih.. jalan kebaikan (benar mengikut syariat) atau jalan keburukan.. Setiap manusia sangat mengimpikan jalan yang penuh dengan kebaikan dalamnya.. yang cerah jalannya.. yang rata jalannya. yang penuh dengan rimbunan pokok hijau disusuri dengan sungai air yang jernih.. Itulah keindahan.. jalan yang penuh dengan keindahan.. Tetapi.. jalan menuju keburukan, masih jua dipilih.. jalan yang penuh dengan longkang busuk, jalan yang penuh dengan sampah sarap ditepinya.. Peliknya, ada juga yang tidak menghiraukan dek kesoronokan perjalanan jalan tersebut.. Semuanya dikaburi, pura-pura tidak melihat..
Pilih lah jalan yang mampu membawa kebahagiaan yang kekal.. pilihlah jalan yang membawa kepada keindahan hidup kita..
Pilihlah !
Di mana jalan anda pilih?? Tanya pada diri.. tepuk dada tanya iman.. Memang jalan indah itu sukar untuk dilalui pada mulanya, inshAllah tidak rugi kesukaran yang dilalui pada awalnya.. Selagi perkara baik dikerjakan dengan baik, semuanya pasti akan diberkati oleh Allah SWT.. Jadi usahlah untuk menganggu jika kita melihat sahabat untuk melakukan kebaikan, berilah dorongan.. berilah semangat.. dan sentiasalah berkata padanya "doakan aku istiqamah untuk berubah".. Tidak perlu malu dan takut memilih jalan tersebut.. kerana janji Allah itu pasti!!
Jalan disebelahnya, memang nampak senang untuk dilalui.. tetapi perit dirasai penghujungnya.. memang jalan ini terbentang luas di depan mata kita.. di depan tempat kita berdiri.. setiap kali kita memalingkan untuk mencari jalan lain, pasti jalan tersebut ibarat mempunyai banyak "junction' dan 'shortcut' untuk kita laluinya.. Usahlah terpedaya sahabat!! jalan ini adalah jalan yang membawa keperitan dalam diri kita kelak..
Usah takut untuk ke jalan yang tidak dilalui ramai orang walaupun hanya berseorangan.. kerana jalan yang tidak dilalui inilah yang memberi kenikmatan yang kita cari dalam kehidupan.. jangan terpedaya dengan jalan yang ramai berjalan atasnya, kerana jalan tersebut tidak semestinya jalan yang terbaik.
Penutup
Allah itu Maha Melihat.. Allah itu Maha Mengetahui.. dan jangan lupa Allah itu Maha Mengampuni.. untuk apa kita berlengah-lengah lagi.. sedangkan ramai contoh yang kita boleh lihat dan contohi.. Ramai daripada mereka yang terus berjaya.. InshaAllah berusaha untuk berjuang di atas jalan yang benar pasti akan mendapat ganjaran yang dijanjikan. Buang segala titik hitam dalam diri. gilaplah diri seperti berlian yang bersinar..
#HanyapadaMU