Mengejar !!
Ya.. banyak perkara yang kita ingin kejarkan.. epilog kejar mengejar semakin rancak apabila hampir menamatkan pengajian.. bukan setakat mengejar kejayaan di dunia sahaja, tetapi juga mengejar kejayaan di akhirat.. Alhamdulillah.. Fenomena kini di IPTA banyak berubah.. semakin dingin melihat siswa-siswi yang berlumba-lumba hendak ke masjid.. berlumba-lumba untuk berfesyen muslimah dengan cara yang betul..
Banyak juga para remaja mengejar kebahagiaan dengan betul.. ramai yang ambil keputusan kahwin muda.. Fuhh!! Kahwin??! mungkin belum bersedia untuk ke arah itu.. InshaAllah ada jodoh pasti juga akan menginjak kaki di atas pelamin..
Ya. banyak perkara yang kita kejar.. mengejar untuk mendapatkan pekerjaan, mengejar untuk mendapatkan iman dan taqwa dalam diri..
Bagi ku.. Mengejar kerjaya pendidik adalah salah satu dalam 'check list'.. Kerjaya pendidik "ringan mata memandang, tetapi berat lagi bahu memikulnya".. tapi, kerjaya ini mampu membentuk sahsiah, mampu membentuk jati diri yang unggul. Kerjaya ini juga aku andaikan sebagai persediaan lengkap sebelum menjadi imam kepada zaujah ku kelak. Di sinilah juga kepimpinan terserlah.. cara untuk mendidik anak-anak.. memupuk nilai kasih sayang dalam diri..
Iman juga mampu dibentuk dengan caranya.. Pendidik inilah yang menjadi 'role model' untuk dicontohi.. semestinya menginginkan ikutan yang baik di ikuti.. semestinya juga kejayaan yang baik dicontohi.. Sangat mengagumi kehebatan warga pendidik yang mendidik ku dulu hingga sekarang..
InshaAllah.. cuba menabur bakti sebaik yang mungkin.. cuba mendidik anak bangsa segemilang yang mungkin.. tak meminta, tetapi sentiasa memberi.. Mulianya seorang pendidik yang mencurahkan segala ilmu yang bersyariat untuk menjadi bekalan saudara-saudaranya yang lain.. aliran ilmu itu menggambarkan betapa hebatnya seorang pendidik.. hidup hanya bersederhana..
Detik-detik akhir sebagai mahasiswa akan cuba dihayati sebaik yang mungkin.. Persediaan menjadi seorang pendidik tetap utuh dalam diri.. Semoga mampu menjadi seorang pendidik yang dihormati dan baik akhlak serta iman dalam diri..
#WillBeTheGreatPersonOneDay =^_^=

No comments:
Post a Comment